Carian

Post Terdahulu

Apa itu theBAND?

Konsep dan Idea Asal theBAND oleh Pengasas theBAND

theBAND adalah Program Realiti TV yang terbaru dan program pencarian bakat hasil inisiatif gigstv.asia. Program pencarian pemuzik-pemuzik berbakat seluruh dunia untuk menjadi pelapis lagenda-lagenda rock. theBAND berhasrat membuka ruang dan membina satu platform yang kukuh untuk pemuzik-pemuzik menunjukkan bakat sebenar mereka.

theBAND juga bertujuan untuk menghasilkan artis, pemuzik dan kumpulan muzik baru yang popular. Ini kerana sistem pengundian adalah 100% dalam talian (online). Undian datang dari peminat muzik di seluruh dunia di mana mereka hanya akan mengundi peserta yang mereka mahu, suka, mengikut trend semasa dan popular.

theBAND kini sedang mencari Rockstar masa hadapan dengan mempertandingkan 7 (tujuh) Kategori. Kategori-kategori tersebut adalah VOCALIST (Penyanyi), GUITARIST (Pemain Gitar Utama), BASSIST (Pemain Gitar Bass), DRUMMER (Pemain Drum), KEYBOARDIST (Pemain Keyboard), SONGWRITER (Komposer Lagu) dan FULL BAND (Band).

Battle of theBAND pula diaktifkan secara bulanan untuk mencari Juara Bulanan bagi 5 kategori yang dipertandingkan. Lima (5) kategori dipertandingkan iaitu VOCALIST (Penyanyi), GUITARIST (Pemain Gitar Utama), BASSIST (Pemain Gitar Bass), DRUMMER (Pemain Drum) dan FULL BAND (Band).

Fasa Penting Pertandingan theBAND

A- BATTLE OF theBAND (Bulanan): Battle Of theBAND21

  1. Lima (5) Kategori: Vocalist, Guitarist, Bassist, Drummer dan Full Band
  2. Hadiah: Juara Keseluruhan RM 1,000 & Juara Kategori RM 1,000
  3. Juara Kategori hanya akan dipertandingkan jika Jumlah Minimum Penyertaan iaitu 20 peserta bagi Kategori tersebut lengkap.
  4. Hanya satu (1) lagu layak dipertandingkan dan dipilih daripada tiga (3) lagu yang boleh didaftarkan untuk keseluruhan pertandingan ini.
  5. Jadual Battle of theBAND (Bulanan)
    • Minggu UNDIAN TOP 10 [Kategori]: Bermula 1 – 14 haribulan setiap bulan
    • Minggu UNDIAN TOP 2 [Kategori]: Bermula 16 – 21 haribulan setiap bulan
    • Minggu UNDIAN JUARA [Keseluruhan & Kategori]: 23 – Hari Terakhir setiap bulan
  6. Battle of theBAND21 Finale: September 2021 (12 Band – Himpunan Juara-Juara Bulanan dan 2 Tiket Wild Card.

Nota: Battle of theBAND akan dijalankan 100% ‘on-line’ kerana rakaman video hanya perlu dihasilkan dari rumah/studio dan secara individu tanpa melibatkan perhimpunan.

B- theBAND: theBAND21

Tujuh (7) Kategori: Vocalist, Guitarist, Bassist, Drummer, Keyboardist dan Full Band

  1. Fasa 1 Uji Bakat (On-line): Tarikh Tutup Pendaftaran: 31 Ogos 2021
  2. Fasa 2 Saringan: Top 50, Top 25, TOP 12, TOP 4, TOP 2 & Juara Kategori (September 2021 – November 2021)
  3. Fasa 3 : Mix & Match – Top 6 (November 2021)
  4. Fasa Akhir : theBAND Finale (Disember 2021)

Nota: Jumlah undian ‘like’ akan ditetapkan pada nilai kosong (0) di permulaan setiap Fasa. 100% undian on-line.