Carian

Post Terdahulu

Terma & Syarat theBAND

Terma & Syarat theBAND

Semua peserta (BANDERS) tertakluk kepada Terma & Syarat theBAND dan Kontrak theBAND. BANDERS secara AUTOMATIK bersetuju dan tertakluk kepada Kontrak theBAND selepas video penyertaan mereka telah di muat naik untuk undian.

Terma-terma & Syarat theBAND adalah:

1. Penyertaan terbuka kepada semua pemuzik dan komposer lagu di seluruh dunia termasuk pemuzik profesional.

2. Sekiranya peserta terikat dengan Syarikat Rakaman, Institusi Pendidikan atau Bawah Umur, Surat Kebenaran bertulis diperlukan kerana semua peserta tertakluk pada Kontrak BAND sekiranya mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan ini.

3. Setiap penyertaan secara automatik layak menyertai dua (2) pertandingan iaitu theBAND dan Battle of theBAND (Bulanan).

4. Terdapat tujuh (7) KATEGORI yang dipertandingkan untuk Pertandingan theBAND. Iaitu VOCALIST, GUITARIST, BASSIST, DRUMMER, KEYBOARDIST, SONGWRITER dan FULL BAND.

5. King of theBAND (Juara theBAND) akan menerima RM100,000 dan Kontrak Rakaman. Naib juara akan menerima RM50,000. Anugerah theBAND yang merupakan Anugerah SONGWRITER dan Anugerah ROCKSTAR masing-masing akan menerima RM20,000.

6. Terdapat lima (5) KATEGORI yang dipertandingkan untuk Pertandingan Battle of theBAND. Iaitu VOCALIST, GUITARIST, BASSIST, DRUMMER dan FULL BAND. Hanya satu (1) video penyertaan sahaja yang dibenarkan untuk setiap peserta.

7. Juara Battle of theBAND21 akan menerima RM25,000 dan Kontrak Rakaman. Juara keseluruhan Battle of theBAND (Bulanan) akan menerima RM 1,000 dan Juara Kategori Battle of theBAND (Bulanan) akan menerima RM 1,000 bagi setiap Kategori yang LAYAK dipertandingkan.

8. Seorang peserta dibenarkan menyertai kesemua kategori. Tiga (3) video penyertaan bagi setiap kategori kecuali kategori Songwriter (tiada had penyertaan). Peserta dibenarkan untuk menukar lagu/video persembahan sebelum tarikh tutup pendaftaran (31 Ogos 2021).

9. theBAND mempunyai hak untuk menyiarkan video Uji Bakat setelah peserta berjaya mendaftar. Jika peserta menarik diri dan disahkan, video yang telah didaftarkan tidak akan dikeluarkan daripada senarai undian namun peserta boleh kembali menyertai pertandingan sebelum tarikh tutup pendaftaran.

10. Pihak theBAND tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku Perlanggaran Hakcipta terhadap mana-mana lagu yang dipertandingkan dalam kategori SONGWRITER. Komposer lagu perlu mendapatkan kebenaran daripada Syarikat Rakaman sebelum menyertai pertandingan.

11. SISTEM PEMARKAHAN adalah 100% UNDIAN ATAS TALIAN (on-line). Peserta yang mendapat undian ‘LIKE’ tertinggi akan mara ke Fasa Pertandingan yang seterusnya.

12. Penggunaan aplikasi tambahan untuk meningkat jumlah undian adalah TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya terbukti, penyertaan peserta/BANDERS akan terbatal secara automatik.

13. Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak BAND. Sekiranya Peserta bersetuju, secara automatik mereka memperakui terma dan syarat serta semua garis panduan pertandingan.

14. theBAND berhak menolak mana-mana peserta yang tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan.

15. theBAND berhak mengubah/meminda Syarat-Syarat pertandingan mengikut kesesuaian situasi dan keadaan semasa.


Kontrak theBAND

Hakcipta Terpelihara © 2017 – 2020