Carian

Post Terdahulu

Battle of theBAND Jan21 ditunda ke tarikh lain gara-gara tuntutan Perlanggaran Hakcipta & ‘Copyright Strike’

theBAND dikenakan dua (2) tuntutan Perlanggaran Hakcipta dan satu (1) tuntutan ‘Copyright Strike’ baru-baru ini.

“Perlanggaran Hakcipta berlaku apabila peserta atau BANDERS dari kategori SONGWRITER mempertandingkan Lagu Ciptaan mereka tetapi secara tidak sedar lagu mereka yang telah berdaftar dengan Syarikat Pengedar atau Badan-badan Hakcipta tertentu.

Sudah nyata tertulis di dalam terma-terma & syarat-syarat pertandingan berkenaan isu Hakcipta ini tetapi mungkin tidak endahkan oleh peserta2 yang bertanding, ketidak pekaan ini memberi kesan terhadap perjalanan pertandingan theBAND apabila timbul isu tuntutan Perlanggaran Hakcipta seperti ini”, jelas Pengasas theBAND.

“Berkenaan isu Copyright Strike pula, ini adalah kali kedua kami menerima notis seumpama ini, ia secara tidak lansung merencatkan perjalanan pertandingan ini. Untuk rekod, bulan November 2020 kami menerima Copyright Strike kali yang pertama dan Januari 2021 pula yang kedua. Sekiranya kami mendapat notis Copyright Strike yang ketiga berkemungkinan akaun youtube theBAND akan ditutup sepenuhnya.

Pihak pengurusan theBAND berharap peserta atau BANDERS pastikan video penyertaan mereka telah mendapat kebenaran daripada pemilik asal video tersebut sebelum didaftarkan.” jelasnya lagi.

Antara sebab lain juga ada di antara krew theBAND sedang menjalani Kuarantin dirumah dan juga masalah merentas daerah semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya lagi, disebabkan kesulitan- kesulitan tersebut maka Battle of theBAND Jan21 adalah secara rasminya akan ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Apabila diminta mengulas mengenai siri Battle of theBAND Edisi Nov20 dan Edisi Dec20 yang telah berakhir, Pengasas theBAND enggan mengulas panjang.

“Kami sedikit kecewa kerana masih ramai peserta yang menggunakan aplikasi tambahan untuk mendapatkan undian secara tidak sah. Walaupun mereka sedar tindakan mereka itu boleh menyebabkan pendaftaran mereka terbatal secara automatik malah jika terbukti menggunakan aplikasi tambahan yang tidak sah, kemenangan atau undi mereka juga tidak akan diikhtiraf oleh theBAND.” Ujarnya.

Oleh: theBANDERS


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *